Pengertian Seputar Hukum dan Syarat-Syarat Taqlid Dalam Bermadzhab

Pengertian Seputar Hukum dan Syarat-Syarat Taqlid Dalam Bermadzhab

Almunawwar.or.id – Penting kiranya mengetahui, mengerti dan memahami betul tata cara dalam melaksanakan satu keharusan pasti dalam beribadah termasuk ketika dalam urusan taqlid yang terkadang sering sekali terjadi dan dilakukan oleh sebagian orang.

Taqlid sendiri merupakan landasan bagi seseorang dalam beramal dengan ijtihad seseorang Mujtahid tanpa mengetahui dalilnya, sebagaimana yang banyak di bahas dalam beberapa kajian fiqh dan usul fiqh yang menerangkan bahwa seseorang bisa taqlid jika memenuhi syarat dan ketentuan yang sudah di pastikan.

Hal inilah yang semestinya di ketahui lebih luas dan di fahami lebih dalam agar tidak ada kesalahfahaman dalam beribadah khususnya pada bagian fiqh itu sendiri. Sehingga dengan kapasitas inilah ibadah seseorang bisa dikatakan sah dan sesuai dengan kaidah yang berjalan pada ilmu fiqih.

Bagi orang awam taqlid atau mengikuti ulama mujtahid yang telah memahami agama secara mendalam hukumnya wajib, sebab tidak semua orang mempunyai kemampuan dan kesempatan untuk mempelajari agama secara mendalam. Allah SWT berfirman :

وَمَاكَانَ اْلمُؤْمِنُوْنَ لِيَنْفِرُوْاكَافَّةً فَلَوْلاَ نَفَرَ مِنْ كُلِ فِرْقَةٍ مِنْهُمْ طَائِفَةٌ لِيَتَفَقَّهُوْا فِى الدِيْنِ وَلِيُنْدِرُوْا قَوْمَهُمْ اِذَارَجَعُوْا اِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُوْنَ
<>

“Tidak pantas orang beriman pergi ke medan perang semua, hendaknya ada sekelompok dari tiap golongan dari mereka ditinggal untuk memperdalam agama dan memberikan peringatan kepada kaumnya apabila mereka kembali kepadanya, mudah-mudahan mereka itu takut.” (QS At-Taubah: 122)

Dalam ayat ini jelas Allah SWT menyuruh kita untuk mengikuti orang yang telah memperdalam agama. Dalam ayat lain secara lebih tegas Allah SWT berfirman:

فَسْئَلُوْااَهْلَ الذِكْرِ اِنْ كُنْتُمْ لاَ تَعْلَمُوْنَ

“Maka hendaknya kamu bertanya kepada orang-orang yang ahli Ilmu Pengetahuan jika kamu tidak mengerti.” (An-Nahl: 43)

Syarat Taqlid
1. Niat, seperti diniatkan sahaja aku taqlid mengikut mazhab Imam Syafi’e yang mewajibkan pengeluaran zakat fitrah itu dengan memberi segantang bagi seorang masuklah aku pada mazhab itu.

2. Hendaklah kita anggap bahawa pada hukum zakat ini Imam Syafi’e adalah yang lebih baik daripada yang lain atau bersamaan

3. Tidak jadi membatalkan hukum qodho
4. Bukan karena memilih yang lebih mudah karena dhoruroh (tatabu dan rukhos)
5. Tidak mencampurbaurkan oleh antara 2 qaul (tiada talfiq) yakni tidak menurut dua mazhab yang berlainan pendapat mereka didalam satu-satu amalan.

Hal yang harus di ketahui dan di pahami sebelum bertaqlid:
1. Mengetahui ia akan masalah yang hendak ia taqlid itu muktabar di sisi mazhab yang ia hendak taqlid itu dengan mengikuti syarat-syarat dan rukun-rukun pada mazhab yang ditaqlid itu. Maka ketahui terlebih dahulu syarat-syarat dan rukun-rukun dan apa-apa yang jadi pembatalannya.

2. Adalah taqlid sebelum jatuh berbuatnya dan jangan jadi sudah batal pada mazhabnya baru niat taqlid mazhab yang lain. Seperti ia ada wudhu’, maka ia sentuh isteri, maka batal wudhu’ pada mazhabnya kemudian baru ia niat taqlid mazhab Hanafi, maka itu tidak sah hukumnya.

3. Tidak ikut yang mana yang mudah. Seperti ia mengambil wudhu’ basuh sedikit daripada kepala ikut mazhab Syafi’e dan sembahyang tiada baca basmalah pada Imam atau munfarid dan ma’mum tiada baca fatihah ikut mazhab Hanafi, maka tiada sah sembahyangnya.

4. Imam yang diikutinya itu yang diakui sah mujtahidnya seperti Imama Syafie, Hanafi , Maliki, Hanbali. Maka tiada sah taqlid orang yang tiada sah mujtahidnya seperti Ibnu Taimiyyah, Ibnu Khaldun, Muhammad Abdul Wahab (WAHABI).

5. Tidak jadi talfiq pada qadhiah yang satu seperti mengambil wudhu’ basuh sedikit daripada kepala mengikuti Syafi’e dan bersentuh dengan perempuan ajnabiyah mengikuti Hanafi pada tiada batal wudhu’. Maka batal wudhu’nya pada mazhab Syafi’e dan tidak sah wudhu’nya pada mazhab Hanafi, maka tiada sah sembahyangnya.

6. Tiada barang yang jadi batal hukum qadhi seperti talak tiga sekali berlafaz, maka jika qadhi hukum boleh ruju’ nescaya batal hukum qadhi itu karena menyalahi ijma’ sahabat Nabi S.A.W dan menyalahi tabi’in dan menyalahi ulama’-ulama’ yang mujtahidin dan menyalahi nas Qur’an.

قال العلامة مولانا العارف بالله المرحوم الشيخ محمد أمين الكردى الأربلى الشافعى مذهبا النقشبندى مشربا فى كتابه تنوير القلوب فى معاملة علام الغيوب, ص 306

فصل فى حكم التقليد وشروطه.هو العمل بقول المجتهيد من غير معرفة دليله . ومتى نواه بقلبه كفى وان لم ينطق به وهو واجب على غير المجتهيد وحرام على المجتهيد فيما يقع له من الحواديث ويتخير الشخص ابتدأ فى تقليد أى مذهب من المذاهب الأربعة ثم بعد تقليده لى مذهب يجوز له الانتقال منه الى مذهب آخر سواء انتقل دواما أو بعض الأحكام ولو لغير حاجة على المعتمد .

وللتقليد شروط ستة (الأول) معرفة المقلد ما اعتبره مقلده فى المسألة التى يريد التقليد فيها من شروط وواجبات فلو قلد شافعى الامام مالكا فى عدم نقض الوضوء باللمس من غير قصد اللذة ولا وجودها لم يصح تقليده حتى يعرف ما اعتبره الامام مالك فى الوضوء ما الواجبات كمسح كل الرأس والتدليك والمولاة ليأتى بها فى وضوئه ثم قلده فى عدم النقض المذكور

Hukum Taqlid dan syarat-syaratnya:

Iaitu, beramal dengan ijtihad seseorang Mujtahid tanpa mengetahui dalilnya. Bila seseorang itu berniat dihatinya (untuk bertaqlid) memadalah, sekalipun tanpa menuturkannya. (Taqlid) adalah wajib atas seseorang yang bukan Mujtahid dan Haram atas Mujtahid pada perkara-perkara baru. Seseorang itu boleh memilih pada permulaannya untuk bertaqlid pada mana-mana satu Mazhab dari Mazhab yang empat , kemudian selepas taqlidnya itu, Harus dia berpindah kepada Mazhab lain, samaada secara keseluruhannya atau sebahagian hukum, sekalipun tidak kerana hajat menurut Qaul Muktamad.

Wallohu A’lamu Bishowaab
Semoga Bermanfaat.

Sumber:
almunawwar.or.id
piss-ktb.com